Wednesday 30 November 2016

7 Symptom Asma Yang Tak Disangka-sangka (No. 2 dan 7 Paling Mengejutkan)

Ada 7 simptom asma pada peringkat awal. Ada yang biasa didengar, namun ada beberapa simptom yang seperti tak ada kena mengena, tetapi sebenarnya betul.
.
#1 Batuk kering
#2 Selalu menguap dengan tiba-tiba
#3 Susah mahu tidur
#4 Bernafas dengan laju
#5 Sakit dada dengan mengejut
#6 Sangat letih semasa bersenam
#7 Perut tidak lawas
.
No. 2 dan No. 7 nampak pelik kan?
.

Anda Nak Tahu 5 Mitos Terkenal Mengenai Asma?

Anda Dah Tahu 5 Mitos Terkenal Mengenai Asma?
.
Jangan tak tahu ya, ada 5 mitos terbesar mengenai asma yang selalu berlegar-legar di dalam masyarakat. Jom kita tengok satu persatu:

.
#1 Asma Hanyalah Penyakit Psikologi

Ada ramai orang (terutamanya pengamal rawatan tradisional) yang berpendapat bahawa asma hanyalah penyakit yang berkaitan minda sahaja. Maksudnya, kalau berhenti berfikir pasal asma, boleh terus sembuh. Itu salah! Asma adalah penyakit berkaitan salur pernafasan, dan perlu rawatan.
.
#2 Diet Susu Boleh Melegakan Asma

Dahulu pernah popular bahawa susu soya boleh melegakan asma. Tapi kajian yang diterbitkan pada 25 May 2015 menyatakan tiada bukti susu soya boleh menyumbang kepada kelegaan asma.
.
#3 Ubat Asma Semakin Lama Semakin Tak Berkesan

Salah! Semakin lama ubat digunakan, semakin efektif untuk melegakan asma, kerana badan mengambil masa yang lama untuk “bekerjasama” dengan ubatan.
.
#4 Ada Asma, Tak Boleh Bersenam

Ini pun tak tepat juga. Senaman ada bermacam-macam jenis. Pilih yang sesuai dengan tahap asma masing-masing.

#5 Asma Semakin Elok Bila Umur Meningkat

Tak semestinya. Banyak bergantung kepada rawatan yang anda ambil. Tapi memang ada kes terpencil di mana ada yang sembuh apabila menginjak dewasa.
.


Sunday 27 November 2016

Petua Hilangkan Batuk Kahak Bayi

Assalamualaikum. Sape handphone pernah jatuh dalam air pastu terus mati? Ape korang buat erk?
huhu pagi yang murung bagi saya. Masa nak amik wuduk solat subuh tadi gi letak phone kat poket atas baju. Tengah tunduk-tunduk tu apelagi keeleeecupp handphone tu wat terjun tiruk masuk dalam besen air 😭. Jadi maaf pada student-student yang wassup pokcik ni ye. Ok tak nak sedih-sedih lagi. Yang dah pergi tu biarkan la ia pergi. Life must go on 😭. Ops sori teremoji nangis lagi. Sebenarnye memang post ni berkaitan tajuk yang kat atas tu tapi saje nak bagi emoji nangis dulu huhu.

     Sape-sape yang ada anak kecil mesti pernah lalui pengalaman anak batuk-batuk. Tak sempat batuk tu hilang cik kahak plak menumpang dalam tekak anak. Huhu hilang la keceriaan dalam rumah tatkala anak kecil kesayangan tengah bertarung dengan penyakitnye.

     Biasanye sebagai ibubapa yang perihatin lagi gagahsana ada dua option yang boleh kite ikut samada terus pergi ke klinik ataupun try-try mempraktikkan amalan nenek moyang kite atau dalam erti kata lain perubatan secara tradisional. Ok untuk menyegarkan pandangan visual  mata disertakan sekali gambo baby yang sangat comel. Berikut adalah tips-tipsnye secara tradisional la ye sebab kalau secara klinikalnye saya bukan orang yang layak huhu



Ada sesetengah petua orang tua untuk memberikan air kelapa yang pure untuk mengeluarkan kahak atau hingus melalui najis. Ye la baby kan mane la tahu nak buang kahak tu sendiri. Jadi kalau buat qc check kat najis nampak la cam lendir-lendir haaaa tu kahak latew




Madu ni kan sunnah. InsyaAllah kalau kite amalkan mesti ada kebaikannya. Baby or budak-budak mesti suke sebab manis. Bapak budak pon mesti suke kan sebab kemanisannya... eerrrkk




Haaa teknik tepuk ni cer try tanye encik goggle. Salah satu fungsinye adalah untuk melonggarkan kahak yang tengah melekat kat kerongkong anak. Pastu baru la senang nak dikeluarkan tak gitu. Ok la saya attach gambo dari encik goggle




Ok ni mmmmm tradisional gak la kot huhuhu ampun penunggu gua




Rawatan hemeopati dan ubat hemeopati ni sama gak la berlandaskan tradisional dan alam semulajadi




Ramuan memang senang dicari. Gi selongkar dapur insyaAllah jumpe. Saya dah pernah buat memang ok tapi tak tertahan abis bau bawang putih satu rumah haha




Daun kaduk?? mmm jap tanye encik google...ok inilah daun kaduk seiras dengan daun sirih tapi lain mak lain bapak hehe




Yang ni main kaedah steam. Tapi amik masa dan kesabaran ibubapa




Finally cara yang saya paling suke dan tengah amalkan dengan menyapu minyak herba asmak. Dengan sapuan yang konsisten mampu melegakan asma, batuk, kahak dan selesema. Bukan untuk bayi sahaja malahan amat sesuai untuk seisi keluarga. Dari sapuan jatuh ke hati. Tak cuba tak tau, dah cuba sapu lagi alhamdulillah :)






























saya suka makan kicap jalen


PENAFIAN FITNAH TERHADAP PRODUK KELUARAN MHAMSB

PENAFIAN FITNAH TERHADAP PRODUK KELUARAN MHAMSB

Saban hari kami menerima laporan dan aduan dari pelanggan dan agen berkenaan beberapa buah page dan website yang jelas cuba memburukkan produk keluaran kami.Berikut adalah kenyataan rasmi dari syarikat
:

1- Pihak syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) menafikan segala tuduhan dari pihak yang berkenaan.

2- Untuk info semua,pihak berkenaan adalah pihak yang tidak mahu berbincang,tidak akan menjawab panggilan,tidak membalas SMS/block pihak syarikat di whatsapp,dan pernah bertemu tetapi membisu seribu bahasa.Apa yang kami boleh katakan mereka adalah "keyboard warrior".

3- Kenapa mereka menggunakan fb dan website sebagai medan untuk menabur fitnah sedangkan negara ini ada undang-undang?Anda boleh nampak sendiri.

4- Pihak syarikat MHAMSB dalam proses mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan dan kami telah dan sedang mengumpul 1) bukti fitnah mereka 2) bukti kesan dari fitnah dan cerita mereka 3) bukti segelintir pelanggan yang terpedaya dengan kisah rekaan mereka dan banyak lagi

5- Oleh itu,kami mohon kepada yang terpedaya pada cerita sebelah pihak agar selidik terlebih dahulu sebelum mempercayainya kerana pihak ini sangat bijak mempergunakan agama dan cuba memperdaya orang ramai dengan mengadakan hologram yang ditempah konon untuk membuktikan minyak mereka original dan menuduh minyak keluaran syarikat sebagai tiruan.Apa bukti minyak mereka original dan minyak keluaran syarikat kami tiruan?

6- Kami mempunyai hitam putih produk ini,ada syarikat yang berdaftar,ada acc syarikat yang sah dan dipantau oleh pihak berwajib,ada trademark dan banyak lagi.Apa bukti mengatakan minyak keluaran MHAMSB tiruan?

7- Kami mempunyai lebih kurang 1000 orang pengedar sekarang di seluruh Malaysia dan ratusan testimoni diterima setiap minggu,adakah ianya juga "tiruan"?

8- Biasanya produk *tiruan* kita tak tahu siapa pengeluar,tiba-tiba ada di pasaran.Produk label MHAM ini,pengeluarnya Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd,rekod ada di SSM nama owner, alamat dan IC,ada apa-apa semua orang tahu nak cari siapa.Malangnya yang mengaku original dan menuduh produk MHAMSB tiruan ini,sehingga kini semua orang tidak tahu apa nama syarikat yang mengeluarkannya,siapa yang akan bertanggungjawab dan hanya menjual nama seorang "pakcik" yang tidak ada siapa tahu kewujudannya.

Adakah logik yang dikatakan *ORI* tetapi tidak diketahui siapa pengeluarnya dan yang dikatakan *TIRUAN* semua orang tahu siapa pengeluarnya?
Kenapa tidak ada tindakan dari pihak yang mengaku ori selain dari memfitnah di media sosial.Pihak kami sedang menggunakan saluran yang betul untuk membawa pihak pemfitnah ini ke muka pengadilan.

9- Anda boleh lihat sendiri di page fb syarikat dan website syarikat kami fokus pada marketing dan memberikan info pada masyarakat,bukan menjadi pihak yang cuba mencuri pelanggan dengan cara memburuk-burukkan orang lain.

Kesimpulannya anda nilailah sendiri,dengan mata hati yang ikhlas.

Mohd Selodi Md Ghazali
Nor Fazilah Abd Mohd
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd 1189521- H

Minyak Herba Asmak dan Pelbagai Versi

 Assalamualaikum. Ok kat post ni saya terangkan tentang produk yang berkaitan minyak asma yang berada di pasaran supaya tak menimbulkan kekeliruan. hehe bukan terangkan pon tapi kenyataan bertulis dari CEO mham sdn bhd. Aci ke tak aci ni huh

Jadi ini lah jawapan kepada post saya yang sebelum ni iaitu kenapa saya memilih minyak herba asmak untuk anak saya :)

=======================================================================

Merujuk kepada pertanyaan, kami terpaksa menerangkan fakta versi-versi Minyak Herba Asma yang ada di pasaran, supaya pelanggan lebih jelas & yakin, serta boleh membuat perbandingan secara objektif.

*VERSI 1*
========
🐣 Nama Produk : Minyak Herba Asma Mujarab
🐣 Syarikat Pengeluar : Tiada
🐣 Pendaftaran SSM : Tiada
🐣 Cara Pembuatan : tradisional, standard piawaian (peralatan, dos ramuan) tidak diketahui, oleh _pakcik_ yang tiada identiti
🐣 No MAL KKM : Tiada
🐣 Status Halal : Tiada
🐣 Hologram : Hologram biasa & QR code yang ditempah dengan syarikat yang myediakan sistem QR code

Nota : Nama penuh pengasas,syarikat dan identiti mereka tidak diketahui,dan mereka juga mendakwa minyak ini dibuat oleh seorang "pakcik" yang sehingga kini tidak diketahui identitinya.

*VERSI 2*
========
🐢 Nama Produk : Minyak Herba Asma (kini Minyak Herba Asmak)
🐢 Syarikat Pengeluar : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
🐢 Pendaftaran SSM : 1189521-H ( _nama, alamat dan no IC owner diketahui dan berdaftar_ )
🐢 Cara Pembuatan : kilang GMP (Good Manufacturing Practice), cara pembuatan & ramuan mengikut standard piawaian KKM
🐢 No MAL KKM : Tiada ( _sudah difailkan di KKM, dalam proses kelulusan_ )
🐢 Hologram : Tiada hologram ( _akan guna Hologram KKM selepas MAL diluluskan_ )

_Nota : Nama Produk yang baru sudah diluluskan KKM, sekarang dalam proses penukaran label_

*VERSI 3*
========
🔮 Nama Produk : Minyak Herba Asma Mujarab
🔮 Syarikat Pengeluar : Tiada
🔮 Pendaftaran SSM : Tiada
🔮 Cara Pembuatan : Tidak diketahui
🐣 No MAL KKM : Tiada
🐣 Status Halal : Tiada
🐣 Hologram : Hologram *seperti* hologram KKM Meditag dan ia adalah hologram palsu

_Nota : Versi ke 3 ini baru berlegar di pasaran pada awal Ogos 2016_

============
*VERSI KAMI*
============

Versi yang kami jual ialah versi ke 2.

Kami percaya versi kami adalah versi yang selamat untuk pelanggan kami kerana ia telah menjalani R&D,menggunakan teknologi nano dan sudah terbukti dengan *ratusan testimoni* yang boleh anda lihat di page rasmi berikut diterima setiap minggu :

Page fb : Penawar Asma Mujarab

Website Rasmi : http://penawarasma.com.my/

Sebagai penjual, kami bertanggungjawab untuk memastikan produk yang dijual mengikut piawaian kesihatan, untuk kesejahteraan pelanggan semua

Saturday 26 November 2016

hai hai hai

Assalamualaikum

     Sebenarnye untuk 2-3 hari ni saya tak berapa sihat. Batuk2 maybe sebab dok makmal kimia lama sangat. Ye la budak2 student tengah nak siapkan projek akhir diorang. Tengah kejo due date latew. Jadi saya pon kena la gak tempiasnye. Alhamdulillah ada minyak herba asmak sapu2 kurang gak la batuknye. Tengok bukan sekadar anak budak yang guna tapi bapak budak pon leh guna hihi.
    Ok saya sambung citer pos aritu. Lepas asyraaf asyik amik neb pastu berkali-kali kena tahan mula la cari rawatan alternatif. Terjumpa la dengan minyak herba asma mujarab. Alhamdulillah memang mujarab. Sapu2 je selang 5 minit asyraaf terus muntah. Nampak la segala lendir kahak kuar sama. Lepastu baru la nampak nafas die ok sikit.
     Selepas itu beransur hari demi ari asyraaf dah kurang semput dan tak perlu amik nebulizer. Dalam hati terdetik lagi bagus ubat alternatif dari ubat moden huhu. Mmmm mesti ramai yang pelik sebab yang saya promote sekarang  minyak herba asmak. Ok next pos saye citer erk. Gambo kat bawah tu saje je post makmal yang saya dudok hehe :)

Wednesday 23 November 2016

Assalamualaikum

Assalamualaikum. Rasanye ni dah blog ke berapa saya buat. Blog-blog yang lain tu semuanye dah berkubur seiring dengan masa hehe. Sebenarnya sebab tk dapat nak bagi komitmen masa nak uruskan blog-blog tersebut. InsyaALLAH blog yang ni harap dapat diteruskan untuk seterus dan terusnye hehe.
     Ok saye mulakan dengan sesi perkenalan diri huhu ala2 time orientasi zaman belajo dulu. Nama diberi Izad Amir Bin Mohamed Ali. Lahir pada 22 November 1983. Ehemm baru 2 hari lepas. Hepi besday to me hehe dah 33 tahun umo anak mak ni. Sekarang keje di salah sebuah IPT awam di tanahair ( sanjungan bangsa) sebagai penjage makmal kimia. Bahaye tau keje tu ala ala mencabut bulu harimau ish ish ish. Dah kawen ada SEORANG isteri dan 2 orang anak ( saje je bold kan seorang tu hihu). Kawen pada tahun 2011 dan dapat anak pertama gegurl 2012. 2013 dapat anak boboi plak. Indahnye perancangan Allah.
     Selain keje full time sebagai pencabut bulu harimau ops silap sebagai staf makmal di ipt awam saya ada buat part time dropship barang-barang baby dan yang terbaru menjadi agen produk untuk MHAM. Yela nak mengharungi zaman ekonomi yang amat mencabar sekarang ni. Ok saya nak cerita pasal camne jd agen produk MHAM tu.
     Kisahnye bermula apabila anak saya yang kedua Muhammad Izzul Asyraaf yang ketika itu berumur 8 bulan batuk-batuk. Selepas berulang alik ke klinik dan selepas berbotol-botol ubat dari klinik habis dimakan tak baik-baik jugak. Sehingga la sampai satu tahap kemuncaknya nafas Asyraaf mula sangkut-sangkut. Mak bapak mana yang tak gelabah tengok  anak yang sekecil itu dalam keadaan demikian. Terus saya bawa ke hospital bahagian emergency. Setelah pemeriksaan yang menyeluruh Asyraaf di tahan di wad dan disahkan asma akibat dari batuk yang berpanjangan.
    Hampir seminggu Asyraaf di tahan di wad hospital. Dalam tempoh tu juga la habis lebam-lebam tangan die yang comel tu kena cucuk nak amik darah. Sedih woo anak kite kena buat camtu tapi nak buat ape dah nasib huhu. Bile dah kuar tu hepi la sebab bukan die je yang kena tahan wad tapi mak bapak pon gilir-gilir tido wad nak jage si kecik ni huhu MERDEKA.
     Selepas kejadian tersebut memang Asyraaf dengan Nebulizer dah tak dapat dipisahkan huhu setiap 3 bulan mesti datang asmanye. Sehinggalah......SAMBUNG di post yang akan datang ye. Nak amik budak berdua tu kat taska dan tadika :)